Nuffnang

Sunday, November 16, 2014

So Sweet.. Kekasih Hati Pujuk Tunang Merajuk Dengan Nasi Lemak



Macam-macam versi kita dengar kisah telefon bimbit canggih idaman ramai ini. Namun kisah kami kongsikan ini mungkin antara yang paling sweet malah ia berlaku di tanahair kita.


Ini adalah kisah adik selebriti terkenal, Fizo Omar bernama Wan Diana Omar. Kisah ini jadi viral gara-gara ramai yang terharu selepas mengetahuinya.

Segala-galanya bermula apabila Wan Diana dikatakan merajuk terhadap tunangnya, Mohd Hafiz.

Bagaimanapun, Mohd Hafiz yang memiliki akaun Instagram @mhfzz pandai meredakan kemarahan bakal isterinya dengan memuat naik gambar sebungkus nasi ayam beserta nota minta maaf, lalu meminta Wan Diana keluar untuk mengambilnya.

Wan Diana kemudiannya re-post gambar tersebut di akaun Instagramnya dengan membalas,  “At this hour. Are you kidding me baby??”






Rupanya, nasi ayam ini bukan nasi ayam biasa-biasa taw!






Sebaik dibuka bungkusan nasi ayam diberikan Mohd Hafiz, nyata tiada sebarang nasi mahupun ayam sebaliknya sebuah telefon bimbit Iphone 6.

Apa lagi, kemain sukalah Wan Diana melihat hadiah tidak disangkakan itu. Terus hilang rasa amarah yang membelenggu diri.

Gila! Kalau macam gini punya hadiah siapa yang nak marah lama-lama kan?

Ramai pengguna Instagram memuji usaha dilakukan Mohd Hafiz untuk menjaga hati pasangan yang boleh dikira romantik abis ni. Tak kurang juga, yang berharap kekasih hati masing-masing melakukan kejutan seumpama ini.


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung