Nuffnang
Friday, December 26, 2014
Gambar Lelaki Mengamuk Guna Lori, Rempuh 8 Buah Kereta di Puchong
PUCHONG, 25 Dis - Seorang lelaki bertindak merempuh beberapa buah kenderaan di Pangsapuri Permata Sari di Pusat Bandar Puchong, dalam satu kejadian kira-kira jam 10 pagi tadi.
Lelaki tersebut dilaporkan merempuh kenderaan-kenderaan terbabit dengan menggunakan sebuah lori pengangkut sampah setelah tidak berpuas hati dengan salah seorang penduduk di pangsapuri tersebut.
Menurut kenyataan sumber yang menghubungi Siakapkeli, penduduk pangsapuri yang menjadi mangsa amukan lelaki tersebut adalah abang iparnya sendiri.
Lelaki itu pada mulanya bertindak merempuh dua buah kereta milik abang iparnya iaitu sebuah Iswara dan sebuah Avanza menggunakan lori tersebut.
Bagaimanapun, beberapa kenderaan lain yang berada berhampiran turut menjadi mangsa amukan lelaki terbabit.
Menurut sumber itu lagi lapan buah kereta dan dua buah motosikal menjadi mangsa dalam kejadian tersebut. Selain itu beberapa struktur pangsapuri tersebut juga dilihat rosak disebabkan perbuatan lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, lelaki berbadan gempal itu sudah ditangkap oleh polis yang tampil ke tempat kejadian. - Siakapkeli.com.my
Gambar Kejadian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Pihak Kufar Cuba Membina Patung Yang Seolah sedang berdoa. ke langit Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan ...
-
Perancang perkahwinan mati selepas 12 jam makan kek ikan Darren meninggal dunia selepas 12 jam mencuba kek ikan (gambar hiasan). SEORANG...
-
Tuan Guru Hj Hadi Awang telah Menyelamatkan Seorang pelancong yang hampir lemas , semasa mandi di Pantai Marang Terengganu..ketika itu...
-
Inilah bentuk laporan Polis yang dibuat Penjelasan Punca Sebenar Mohd Said Buat Laporan Polis Dakwa Diganggu Laungan Azan Yang Nyari...
-
DIA dilahirkan sempurna. Matanya celik, bisa melihat. Namun, ia tidak lama. Ketika usianya 17 tahun, dia disahkan buta. Warna-warni alam yan...







No comments:
Post a Comment