Nuffnang

Thursday, December 4, 2014

Kerana Guna Plat Kenderaan MOMMY Ibu Shaheizy Sam Disaman

Kerana Guna Plat Kenderaan MOMMY Ibu Shaheizy Sam Disaman

Agak kreatif pengolahan plat kenderaan MCM 1774 yang dilakukan ke atas kereta mewah Audi A5 yang dihadiahkan Shaheizy Sam kepada ibunya, pelakon Khaty Fauziah.

Tetapi undang undang tetap undang undang2kan? Berita Harian hari ini melaporkan yang pelakon itu telah disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika memandu kenderaan itu di Lebuhraya DUKE baru baru ini kerana plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi.

“Selepas ini mummy agak takut untuk memandu lagi. Mummy sedar dan akur dengan kesalahan ini. Sebagai artis kita juga harus patuh dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Tiada hak istimewa kepada golongan seni dan polis hanya menjalankan tugas”



“Mummy akan meminta Sam untuk segera menukar plat nombor pendaftaran ini. Nasihat Mummy kepada golongan seni, siapa pun kita, undang-undang harus dipatuhi,” ujar Khaty mengulas.

Buat anda yang masih menggunakan plat kenderaan penuh kreatif nampaknya boleh menukar ke spesifikasi yang telah ditetapkan, siapa tahu bila pula giliran anda terserempak dengan pegawai JPJ, kalau terlambat tiada guna menyesal

1 comment:

Anonymous said...

buat lah sticker keta tulis MOMMY besar2 kt cermin belakang keta, takde sapa marah.

tulis nama betul la, mommy sapa yg kenal. biasanya mommy ni pun gelaran ibu2 chicken

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung