Nuffnang

Tuesday, December 16, 2014

MPN: Anwar sudah tidak penting lagi

KUALA LUMPUR - 'Anwar sudah tidak penting lagi', demikian reaksi Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan ketika ditanya soal keperluan PKR mencari pengganti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, kepimpinan baru yang muncul dalam ketiga-tiga parti komponen PR boleh memastikan gabungan itu terus maju ke depan.

"Tak perlu (cari pengganti). Anwar tidak penting. Anwar 'is no longer important'. Suatu ketika Anwar itu penting...semacam pengikat. Tapi saya rasa sekarang ini Anwar tak penting.

"Sama ada Anwar sudah tidak ada nanti atau dipenjarakan, saya rasa PR akan terus kehadapan," katanya ketika ditemui pada Persidangan MPN Dilema Negara : Isu dan Cabaran Pekerja Asing Di Malaysia, di sini, hari ini.

Menurutnya, kepimpinan yang sudah senja termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal pupus.

"Kita akan melihat bagaimana pemimpin-pemimpin baru akan muncul daripada PKR, Pas dan DAP.

"Sekarang ini orang tua sudah tidak begitu penting. Kalau dalam bahasa lain, dah masuk zaman 'twilight'...dah nak pupus dah," katanya.

Katanya, pemimpin-pemimpin muda seperti Zairil Khir Johari atau Gobind Singh Deo walaupun belum cukup mantap bakal memimpin parti itu pada masa akan datang.

"Yang penting Guan Eng dan sekutunya. Mungkin Zairil, Gobind.  Tapi Gobind belum mantap lagi. Daripada Pas, (pemimpin) yang Islam tapi orang yang boleh berunding, berpandangan jauh. Kalau nak pegang Putrajaya, kenalah berpandangan jauh. Tak boleh fokus pada Melayu saja.

"Saya fikir, Melayu baru dalam Pas itu tadi berfikiran lebih terbuka...mereka akan melihat gambaran yang lebih luas. Sekarang ini mungkin ia masih jaga kata-kata itu, takut menyinggung perasaan fatwa (majlis fatwa). Baguslah itu, maknanya dia hormat kepada budaya," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

ini satu kenyataan penting buat umnu dan konspirator fitnah liwat.

tak perlu buang masa tambah dosa utk penjarakan anwar. anwar tk penting lagi dan tk perlu ditakuti lebih dpd Allah.

so tak perlulah penjarakan anwar atau rakyat semakin marah.

PR sudah mampu berdikari dan terus dgn halatujunya. anwar sudah berjaya membangunkan pesaing BN yg ampuh dan kesedaran rakyat yg memilik keberanian dan jati diri utk berani berdepan dgn pemerintah yg menyeleweng.

JASA DSAI Anwar akan tetap dikenang sebagai pejuang rakyat Malaysia.

tapi jasa beliau masih relevan dan diperlukan.

Anonymous said...

Ini contoh seorang Professor kangkung. Jika Anwar tidak relevan lagi mengapa UMNO sangat takut dengan beliau. Nak beri ceramah pun dihalang (di UM).Skrg keputusan mahkamah rayuan entah bila seperti memberi isyarat Anwar sebenarnya tidak bersalah tetapi sedang mencari jalan nak sumbatkan juga dia dalam penjara.Sebagai seorang ahli akademik mana Prof. dapat sumber untuk rumusan spt ini?

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung