Nuffnang

Tuesday, December 16, 2014

Lamaran Yang Unik Akhirnya Membawa Padah, Kren Hempap Bumbung Rumah Jiran Kekasih

Lamaran Yang Unik Akhirnya Membawa Padah, Kren Hempap 

Bumbung Rumah Jiran Kekasih


Setiap pasangan tentu menginginkan sesuatu perkara yang dilakukan sekali dalam 
seumur hidup iaitu perkahwinan akan sentiasa diingati sampai bila-bila. Namun ini 
yang terjadi kepada satu pasangan dari Belanda ini. 

Seorang lelaki merancang untuk melakukan suatu kejutan kepada kekasihnya 
apabila dia melamar kekasihnya untuk dijadikan isteri dengan cara yang paling unik 
dan akan diingati sampai bila-bila. Namun ianya sememangnya akan diingati 
bukan sahaja kepada kekasihnya malah kepada seluruh kejiranan tempat kekasihnya menginap. 

Cincin sudah dibeli, waktu yang sesuai dipilih dan kren telah disewa khas untuk 
melakukan kejutan istimewa itu. Bagaimanapun rancangan lelaki berkenaan 
gagal apabila berlaku kemalangan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapapun.

Hasratnya untuk dilihat tergantung secara romantik di luar tingkap bilik tidur 
kekasihnya bagi membuat lamaran itu dengan menggunakan kren tidak kesampaian.

Kren yang membawanya bersama cincin lamaran itu secara tiba-tiba 
tumbang dan menghempap bumbung rumah jiran kekasihnya.

Keadaan itu disebabkan kedudukan kren yang tidak kukuh dan kejadian bertambah 
buruk apabila ia turut merosakkan beberapa rumah lain di bandar IJsselstein, Belanda.

Lelaki itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

Penghuni di enam unit apartment di kawasan sekitar terpaksa dipindahkan dan 
datuk bandar itu dipercayai telah mengisytiharkan bangunan itu tidak selamat.

Walaupun kejadian itu tidak berlaku seperti yang dirancang, kekasihnya menerima
 lamarannya dan pasangan berkenaan dipercayai meraikannya di Paris.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung