Nuffnang

Wednesday, December 17, 2014

Wakil PEMUDA PAS memrintah supaya Guan Eng Akur, Pendirian PAS.


  • Khalil Abdul Hadi                           Khalil Abdul Hadi
 1 / 1 

KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Pas tidak berganjak dalam perjuangan menegakkan prinsip Islam termasuk pelaksanaan jenayah syariah Islam atau hudud.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan, kenyataan dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta supaya pelaksanaan hudud tidak dibuat jika PR mentadbir negara adalah bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan secara bersama dengan rakan-rakan PR sebelum ini.

Beliau berkata, pelaksanaan hukum jenayah syariah perlu dilihat dalam konteks perlembagaan Malaysia, yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

“Kita memahami Islam sebagai agama Persekutuan, antaranya pelaksanaan hukum jenayah Islam dan syariah Islam secara umumnya.

“Jadi, apa yang diambil atau pendirian Pas adalah selari dengan Perlembagaan negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya kepada media ketika hadir mendengar keputusan berhubung saman yang difailkan terhadap bapanya yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam.

Beliau bagaimanapun memberitahu, ia tidak bermakna rakan-rakan PR terutama DAP perlu mengikut Pas, sebaliknya meminta pihak terlibat menghormati hak parti itu.

Jelasnya, apa yang disuarakan Pas merupakan pandangan majoriti rakyat negara ini yang beragama Islam dan selari dengan perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Pada masa sama, beliau menjelaskan bahawa syariah Islam bukan sahaja berkait dengan isu hudud semata-mata malah ia mencakupi ruang luas yang turut melibatkan aspek-aspek lain.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung