Nuffnang

Monday, December 8, 2014

Rakaman Video dan Gambar Kekasaran Antara Penyokong Harimau Malaya dan Vietnam..


Perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam semalam antara Malaysia 
dan Vietnam menyaksikan Malaysia tewas digelanggang sendiri dengan jaringan
 1-2 kepada Vietnam. Namun kekalahan semalam tidak menjadi perbualan mulut 
media dan peminat tempatan kerana aksi kekasaran segelintir penyokong Malaysia 
ke atas penyokong Vietnam menjadi perbualan pada hari ini bukan sahaja
 di Malaysia malah dibeberapa negara Asean seperti di Vietnam sendiri serta Singapura.

Insiden pergelutan itu berlaku pada minit-minit akhir perlawanan ketika Vietnam
 sedang mendahului Malaysia dengan jaringan 2 gol berbalas 1. Insiden ini jelas
 memalukan Negara Malaysia yang seolah-olah tidak dapat menerima kekalahan
 ke atas Vietnam sedangkan terdapat 90 minit lagi masa di separuh akhir kedua
 yang akan diadakan di Vietnam.

Insiden ini juga mendapat respon segera daripada Menteri Belia dan Sukan 
YB Khairy Jamaluddin yang berasa marah dan kecewa dengan tindakan segelintir 
penyokong Malaysia. Beliau juga mahu tindakan tegas dan segera diambil 
terhadap kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu yang menurutnya boleh 
memberi implikasi buruk kepada keselamatan penyokong skuad negara di Hanoi nanti.



"Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh
 jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua.

"Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi 
dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong Malaysia di Hanoi nanti.
"Saya akan minta kerjasama polis untuk siasat kes ini dengan segera dan 
bertindak atas siasatan terbabit," katanya seperti dipetik di laman sosial facebooknya, 
awal pagi tadi.

Oleh kerana penyokong ganas ini tidak akan memohon maaf, beliau sendiri menyatakan
 permohonan maafnya kepada penyokong Vietnam terutama mereka yang diserang 
di Stadium Shah Alam.
"Tindakan ganas segelintir fans Malaysia ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar," katanya.


Lihat beberapa keping gambar dan rakaman video yang dikongsikan 
daripada laman web siakapkeli.com.my. Diharapkan mereka-mereka yang 
mencemarkan sukan bola sepak tanahair dapat diambil tindakan sewajarnya 
oleh Pihak Polis. Sudah sampai masanya mereka-mereka penyokong 
bola sepak yang selalu menimbulkan  kekecohan di stadium dilarang untuk 
beberapa masa daripada menghadiri apa-apa perlawanan bola sepak di tanah 
air serta negara luar. Sudah menjadi adatlah setiap perlawanan sukan akan 
ada cemuh-mencemuh antara penyokong pasukan yang bertanding. Tetapi
 tidak perlulah sampai kepada berlakunya kekasaran. Agak-agak kalau tidak boleh 
dikutuk tengok bola depan TV dekat rumahlah..













No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung