Nuffnang

Wednesday, January 21, 2015

[BERGAMBAR] Sultan Kelantan Bergegas Datang Ziarah TGNA


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mencemar duli melawat Mursyidul Am PAS, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi Neuro di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, 10.40 malam tadi. Baginda dilaporkan tiba sebaik saja mendapat makluman TG Nik Aziz, bekas Menteri besar Kelantan merangkap Musrsyidul Am PAS itu dimasukkan ke Unit rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian semalam.

Anak TGNA, Nik Abduh berkata "Ayahanda agak uzur ketika dimasukkan ke wad ICU petang tadi. Selepas diberi rawatan, ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan stabil," tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebook tengah malam tadi, lapor harakahdaily.

Walau bagaimanapun, jelasnya doktor menyatakan ayahanda beliau memerlukan rawatan rapi untuk pemulihan lebih baik.

Menurutnya, ayahanda beliau mengidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi rawatan berterusan oleh para doktor telah berjaya mengawalnya.

"Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan yang terbaik. Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan untuk kesihatan ayahanda," tulisnya lagi.

Mengenai ziarah Mursyidul Am PAS itu, beliau menyatakan ia adalah mengikut prosedur yang ditentukan oleh pihak hospital dan dipersetujui oleh pihak keluarga. 




No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung