Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, January 13, 2015

DR MAZA TEGUR UMAT ISLAM TAK SUSUN SELIPAR BILA BERSOLAT



Baru-baru ini, bekas Mufti Perlis, Dr Maza, memuat naik gambar dan kenyataan di laman Instagram yang membandingkan sikap umat Islam dengan sami Buddha yang mengundang respon negatif dari netizen.

Dr Maza dalam caption gambarnya;

"Jangan malukan masjid kita. Solat ajar kita peraturan, batal, sah, wajib, sunat, makruh, haram, harus. Tapi di luar solat, semua peraturan hilang.." tulisnya.

Kenyatan itu dipercayai merujuk kepada sikap sesetengah umat Islam yang tidak menyusun selipar sewaktu bersolat. 

Akibatnya, seorang netizen membidas kenyataan bekas Mufti Perlis itu dengan menyatakan bahawa Allah tidak melihat pada susunan selipar, tetapi pada tauhid umat Islam.

Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung