Nuffnang

Monday, January 5, 2015

Gambar Polis Maut Selepas Ditolak Dengan Sengaja Ke Landasan Kereta Api



Detik yang mengejutkan apabila seorang pegawai polis Sepanyol mati terjatuh selepas dia ditolak ke landasan kereta api.

Francisco Javier Ortega, 28, pada mulanya menghampiri sekumpulan lelaki di platform stesen Embajadores Madrid dan meminta dokumen pengenalan dari salah seorang kumpulan itu. 

Bagaimanapun, berlakunya pergelutan kecil di antara mereka. Salah seorang daripada mereka menarik pegawai polis itu menyebabkan kedua-duanya terjatuh ke landasan kereta api dan dilanggar oleh sebuah kereta api yang datang dari arah depan.


Kejadian itu berjaya dirakam oleh orang awam dan kedengaran suara orang ramai menjerit melihat kedua-dua individu itu dilanggar kereta api.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan, namun pegawai polis berkenaan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Lapor akhbar Sepanyol, lelaki yang menyebabkan kematian pegawai polis itu, Yode Ali Raba, 28, berasal dari Ivory Coast telah masuk secara haram ke negara itu pada tahun 2011, masih hidup dan menerima rawatan di hospital dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. 

Ketua Pengarah Sepanyol, Ignacio Cosido menyifatkan kematian anggotanya sebagai satu kes pembunuhan.  - THE HYPE MEDIA

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung