WUHAN, HUBEI - Seorang ibu hamil yang berusia 44 tahun terpaksa menggugurkan kandungannya setelah anak gadisnya berusia 13 tahun mengugut membunuh diri minggu lalu.
Lapor Wuhan Evening News, Xiao dan suaminya, mengambil keputusan untuk mendapatkan anak kedua setelah Kerajaan China melonggarkan dasar satu anak yang membolehkan pasangan untuk memiliki dua anak jika seorang daripada mereka anak tunggal.
"Selepas anak pertama kami, Wen Wen tahu saya hamil, dia sering mengancam saya untuk terjun dari bangunan jika kami meneruskan rancangan untuk mempunyai anak kedua.
“Dia juga selalu menghempaskan barang untuk melepaskan kemarahannya,” kata.
Selain itu, Wen Wen juga pernah mengancam melarikan diri dari rumah selain dari tidak menduduki peperiksaan kemasukan ke sekolah menengah dan pernah cuba membunuh diri.
Selepas insiden Wen Wen cuba membunuh diri dengan mengelar tangannya sehingga meninggalkan kesan torehan pada lengan, Xiao dan suaminya lebih berwaspada.
Bimbang kehilangan anak pertama mereka, Xiao diiringi oleh suaminya pergi ke hospital untuk mengugurkan kandungan yang telah berusia 13 minggu.
Menurut doktor Hu Hongtao, doktor dari Hospital Hankou berkata, adalah normal bagi anak sulung berasa tidak gembira apabila mengetahui dia bakal mendapat adik.
"Ibu bapa sepatutnya berkomunikasi dan menerangkan kepada anak sulung mereka, biarpun mereka bakal menerima kehadiran orang baru dalam keluarga, kasih sayang terhadap anak sulungnya itu tidak akan berkurangan," kata Hu. - AGENSI
No comments:
Post a Comment