Nuffnang

Friday, January 2, 2015

Pelajar Malaysia terbunuh rempuhan di Shanghai


  • Kementerian Luar Negeri MalaysiaKementerian Luar Negeri Malaysia
 1 / 1 

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Malaysia terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam rempuhan sambutan Tahun Baharu di Shanghai semalam yang mengorbankan 36 orang, menurut Kementerian Luar Negeri. 

Dalam kenyataaan di sini malam ini, kementerian memaklumkan mangsa merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Hangzhou, Wilayah Zhejiang.

"Usaha telah dilakukan untuk memaklumkan kepada keluarga mangsa di Malaysia," menurut kenyataan itu tanpa mendedahkan identiti mangsa.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa rakyat Malaysia, Ooi Hooi Yi, 20, telah tercedera dalam kejadian pada 11.30 malam di Dataran Chen Yi, Shanghai, kawasan Bund tepi sungai yang popular di bandar raya itu. 

Beliau mengalami pendarahan di mata dan beberapa kecederaan ringan serta menerima rawatan di Hospital Changzheng, di bandar raya itu. 

Menurut kenyataan itu, pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai telah melawat Ooi di hospital dan keadaan beliau kini dilaporkan stabil.

"Konsulat Jeneral masih meneliti senarai mangsa untuk memastikan sama ada terdapat rakyat Malaysia yang lain terlibat," menurut kenyataan itu. - Bernama

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung