Nuffnang

Tuesday, January 6, 2015

Video : Pelancung Cina Bertekak Dengan Peniaga Pasar Malam.


IPOH - Gara-gara meletakkan kereta di tapak pasar malam, tiga orang individu telah dimaki hamun oleh seorang peniaga pasar malam yang menyewa tapak di kawasan itu.

Difahamkan, tiga individu yang mengaku diri mereka sebagai pelancong, meletakkan kereta di kawasan itu dan menjamu selera di kedai berhampiran.

Tindakan mereka itu telah menyebabkan seorang peniaga tidak dapat memasang khemahnya untuk memulakan perniagaan. 



Menurut peniaga terbabit, tapak itu telah dibayar olehnya setiap bulan untuk berniaga. Dia juga hairan, bagaimana individu terbabit tidak tahu akan kawasan itu telah dikhaskan untuk peniaga pasar malam sedangkan terdapat papan tanda yang menunjukkan kawasan itu adalah kawasan pasar malam. 

Tambahnya lagi, individu terbabit meletakkan keretanya di kawasan larangan dan jika dilaporkan kepada polis trafik, sudah pasti akan dikenakan saman RM300.

Setelah puas menunggu, akhirnya ketiga-ketiga pelancong cina itu muncul dan terus masuk ke dalam kereta tanpa meminta maaf. Tindakan mereka itu menimbulkan kemarahan peniaga terbabit dan mengambil tindakan terus memasang khemahnya di hadapan kereta mereka.

Pemandunya cuba meminta peniaga itu memberikan laluan kepada mereka, namun tidak diendahkan. Sebaliknya menerima maki hamun dari peniaga terbabit yang sudah berang. 

"You bayar untuk saya ka? Takdak kan? You duduk diam-diam di sini. Pukul 2 pagi you boleh angkat," katanya.

"Lancau saya nak bagi you lepas itu macam. You kurang ajar tau, tak ada adab. You mari-mari terus masuk kereta. Lepas tu sekarang baru you nak minta maaf. Apsal tadi you tak minta maaf?," ujarnya dengan nada marah. 

Meskipun dipujuk dan dirayu berkali-kali, peniaga terbabit tetap berkeras enggan menutup khemahnya, sebaliknya dia tetap melangsungkan perniagaannya di situ.

Dek memikirkan diri mereka (pelancong cina) sebagai mangsa, si perakam memuat naik video itu di laman Facebook yang kini menjadi viral. - THE HYPE MEDIA

9 comments:

Anonymous said...

Hahaha.. wa setuju dgn u bro..memang patut diajar mcm tu yg biadab..memang brilliant mamat psr mlm ni..cakap mmg logik bro.. ahaha.. ckp pelancong tai kucing bleh ada pelat ckp melayu.. yg kurg ajar memang patut diajar.. bravo brother psr mlm,dia rakam dia sdri yg nmpk bodoh,apa punya mangsa konon..

Anonymous said...

Hebat.. lu ingat lu saja yang mau makan, saya pun mau cari makan tau.. hebat brother ni.Yang 'Pelancong Cina' ni siap rakam tapi memang spesis bodoh,dah tersepit baru nak minta maaf macam anjing dari menyalak terus meraung bila tersepit pagar..

Anonymous said...

bangga aku, akhirnya ada juga melayu yang berani.

sade said...

pelancong cina boleh cakap melayu ker?
@ 3 org tu pelancong m'sia berbangsa cina?
mmg sokong abg tu, stand up for u'r right!!!

Anonymous said...

penjaja tiada sopan ini sudah bermaharajalela, insiden demikian rupa banyak berlaku di Malaysia.

amat jijik penjaja yang sudah tak prihatin. Apakah pihak penguatkuasa Dewan bandaraya Ipoh masih tidur, jahil, malah seorang anggota polis sudah datang beryjar dgn penjaja ini, namun sikap jahanam dan degil memaharajalela.

Amat aib dan sikap yang degil membawa nama busuk kpd nusa ini.

Anonymous said...

Dewan Bandaraya Ipoh dan kerajaan Perak harus mengkaji samada kawasan ini sesuai untuk penjaja dan masalah parkir. Unit Penguatkuasa Dewan Bandaraya harus ada dan sikap penjaja itu ingkar nasihat anggota polis dan meminta RM300 bary alihkan Payung besar selaku ugutan dan pemerasan, harus ditangkap dan di bawa ke pendepanan mahkamah. penangkapan pada penjaja jahanam itu semesti dilakukan segera.

Anonymous said...

Tangkap penjaja jahanam dan mengambil wang RM100(mula-mula mahu RM300, kemudian dibilang dan ditawar jadi RM100), ini adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Ini kriminal dan tak harus dilepaskan tindakan undang-undang, tangkap dan bawa penjaja itu ke mahkamah kalau negara ini masih ada undang-undang dan bukan di bawah situasi "jungle Law(perundangan rimba)> Perak sudah dalam situasi Tiada perundangan???

Bukankah pengambilan RM100 baru lepaskan kereta adalah satu kriminal dan jenayah. Penjaja itu sudah melakukan kesalahan dan mesti ditangkap segera.

Anonymous said...

tak kira apa kaum, perbuatan ugut dan mengambil RM100 (mula-mula mahu RM300, kalau tak kasi, tak boleh keluar kawasan pasar malam jijik itu)

Ini maharajalela, ini negeri no law atau negeri jungle lawkah?

Perbuat memuji penjaja jahanam dan jahat serta kriminal ini dgn emosi kaum amatlah jijik dan mengaibkan...


adakah kriminal sesuatu kaum boleh dibela dan tak dibawa ke depan perundangan?

itulah satu perbuatan jijik yang melindung penjaja kriminal ini, sepatutnya penjaja jahat ini ditahan dan ditangkap dan di bawa ke mahkamah.....adakah mengambil peluang dan situasi kritikal minta wang lepas kereta bukan satu krimianl??? Ketua polis negara dan ketua polis negeri perak, sila jawab!!!!!!!!!!!!!Adakah penjaja ini tak bersalah dan melakukan kriminal?????????????

Anonymous said...

ketua polis negara sila jawab....adakah penjaja yg meminta wang baru lepaskan kereta di kws/parkir pasar malam ipoh itu bukan kriminal????????????
kenapa tak ditangkap???????????????????

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung