Nuffnang

Friday, February 13, 2015

Al Fatihah.. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia..


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung.

3 comments:

Ridd said...

Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga Allah membalas jasa dan bakti Almarhum. Kehilangan besar Ulamak Tersohor
1931-2015.

Ridd said...

Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga Allah membalas jasa dan bakti Almarhum. Kehilangan besar Ulamak Tersohor
1931-2015.

ctpayong said...

Satu kehilangan besar bagi kita, umat Islam Malaysia khasnya. Nikmat yang Allah pinjamkan telah Allah ambil semula. Allah SWT telah sempurnakan umornya dengan sebaik-baik penyempurnaan. Kepada Allah jualah sebaik-baik tempat kembalinya kita.

Aamiin Ya Rabbalamin.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung