Assalamualaikum kawan-kawanku, ini cerita latar belakang diriku.
Nama aku Nurul Atirah binti Md Norhasloin. Aku dilahirkan di Taiping, Perak. Aku mempunyai seorang adik perempuan bernama Nurul Atikah.
Nasib aku tak seperti kawan-kawan lain yang mempunyai mak dan ayah serta keluarga yang bahagia. Sejak umur aku 3 tahun, mak dan ayah aku telah berpisah. Semasa itu, mak aku baru melahirkan adik aku.
Mak aku sakit teruk sebab ayah. Ayah selalu pukul mak aku masa mak aku mengandungkan adik aku. Sehingga sekarang ayah aku menghilangkan diri dan tidak memberi duit untuk makan minuman aku dan adik.
Mak pula selalu sakit-sakit dan tidak boleh berkerja. Aku dan adik tinggal dengan opah tok wan sebab mak tak boleh kerja.
Sejak ayah tak pernah datang melawat aku dan adik, mak kata,
"bagitau ayah dah kahwin lain,"
Aku dan adik langsung tidak dapat kasih sayang (dari seorang) ayah. Aku sedih sangat, adik lagi kesian sebab langsung tak kenal siapa ayah kami.
(Paling sedih) aku mendapat berita (yang) ayah dah meninggal.
Sekian terima kasih..
Nurul Atirah
Murid 3 Pintar 2015.
No comments:
Post a Comment