Nuffnang

Monday, February 16, 2015

Luahan HatI ISTERI Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.



Pemergian orang tersayang yang telah berkongsi hidup selama 53 tahun, pastinya memberikan kesan yang mendalam kepada dirinya, apatah lagi insan itu adalah seorang suami penyayang dan juga lebih dikenali sebagai Tok Guru, pemimpin disayangi ramai di dalam mahupun luar negara.

Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meluahkan perasaan di hatinya dalam wawancara eksklusif dengan wartawan Sinar Harian di kediamannya sehari selepas pemergian suaminya yang tercinta.

“Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah,”

Itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenai suami yang baru sehari meninggalkan saya buat selama-lamanya.

Kata-kata abang itu yang diluahkan tiga hari sebelum meninggal dunia, ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) itu saya sambut dengan senyuman, sambil memegang tangan insan yang selama ini berkongsi hidup suka dan duka dengan saya.

Sambil menggenggam tangan abang, saya kata “anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau,” walaupun dalam hati saya ketika itu sebak tidak terkata.

(Perasaan yang ditanggung itu diluahkan Tuan Sabariah sambil menyapu air mata dengan tisu yang dihulurkan saudara-mara yang datang menziarahi keluarganya di kediamannya).

Kini, anak-anaklah yang akan menjadi peneman saya, menghilangkan kesunyian hidup saya. Walaupun baru sehari, saya mengakui saya sangat merindui beliau.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung