Sebak rasanya tatkala menyusuri video lama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) sewaktu berada di Masjid Tuanku Mizan yang dirakam pada bulan April 2013 yang lalu.
Beliau telah diserbu oleh beribu-ribu jemaah sebaik sahaja mereka menyedari kehadirannya sebaik sahaja selesai menunaikan solat jumaat di masjid tersebut.
Biarpun kehadirannya di Putrajaya adalah untuk membantu kempen calon PAS, Datuk Husam Musa ketika pilihanraya pada tahun itu, ternyata jemaah tidak mengira sebarang ideologi politik berebut-rebut untuk melihat Tok Guru secara dekat.
Itulah penangan kepimpinan menerusi teladan dan sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh beliau sehingga berjaya memikat hati rakyat Malaysia dan seterusnya mengetepikan perbezaan fahaman pada masa itu.
No comments:
Post a Comment