Nuffnang
Thursday, March 5, 2015
Kisah Sedih Seorang Ibu Sanggup Korbankan Nyawa, Susukan Anak Sebelum Nafas Terakhir
Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir,pemandunya menemui ajal di situ juga.
Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah.
Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan.
Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.
Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau.
Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.
Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan.
Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir.
Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.
Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu…menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Komandan Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) Perlis, Deputi Supritendan Zakaria Abdul Rahman, menunjukan cara menyeludup petrol Sumber Ko...
-
Pihak Kufar Cuba Membina Patung Yang Seolah sedang berdoa. ke langit Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan ...
-
PAS, PKR bertembung di Labuan dan Sg Acheh PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain dalam perebutan kerusi Parlimen Labuan d...
-
KISAH BENAR MUSLIMAH SYRIA DI DALAM PENJARA BASYAR. Khitam Be...
-
Sidang Media Baru sebetar Tadi di TV 3, Ketua Polis Negara Memaklumkan bahawa..seorang lagi Anggota Komando Terbunuh.. Al Fatihah.. Me...
-
Memakai harnest..atau tali pinggang keselamatan dan peralatan yang lain. Termpat persediaan sebelum bermula...ketak ooi...(gementar) Tempat ...
-
Salam buat semua... Bahagian Kedua...Kisah Bob Loqman.. Setelah Isteri tersayang meninggalkannya..tinggallah Bob Loqman terkial kial ..bersa...

2 comments:
Semoga Allah merahmati ibu yang berkorban sehingga ke akhir hayat..
Ameen..ya Allah berikan jannah mu kepada mereka yg terlibat ini. Besar sunggu dugaanmu..
Post a Comment