Nuffnang

Wednesday, March 4, 2015

Perghhh :: Aksi Terlampau Ustaz Baca Khutbah Sambil Panjat Mimbar Masjid



KOTA KENDARI - Tindakan seorang uztaz berkhutbah dengan cara yang melampau-lampau sehingga memanjat mimbar dikritik orang ramai termasuk para netizen di media sosial.

Aksi ustaz Nur Maulana itu dianggap keterlaluan dan tidak sesuai dengan gelarannya sebagai seorang ustaz. 

Melalui gambar yang tersebar di media sosial, Nur Maulana dilihat sedang memberikan ceramah di Masjid Agung Khairah Ummah di Kolaka pada 26 Februari lalu.

Menurut individu yang memuat naik gambar itu di laman sosial berkata, ketika itu ustaz terbabit menyeru pendengarnya supayah beristighfar.

Namun tindakannya itu didakwa terlalu melebih-lebih dan seolah-olah seperti seorang ahli sarkas, kata pengguna lain, Yayuk Hannan.

Siti Fatimah pula menulis: “Tiada lain kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang menipu. Semoga Tuhan memberikan petunjuk dan taufik hidayah kepada ustaz, serta menghilangkan segala keburukannya. Semoga ustaz kembali ke jalan lurus dan diredai.”

Nur Maulana, 40, adalah pendakwah yang berasal dari Makassar dan disenangi oleh orang ramai kerana sering menggunakan bahasa rakyat ketika memberikan ceramah.

Sementara itu, seorang ustaz tempatan juga menegur tindakan Nur Maulana itu dengan nada sindiran. Abduh Zulfidar Akaha berkata, aksi itu sangat berbahaya dan berharap agar tiada mana-mana pihak menirunya.

“Itu aksi khusus untuk pelaku lagak ngeri profesional,” katanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung