Nuffnang

Saturday, March 7, 2015

Royal Brunai Airline Tidak Terjejas Dengan Tidak Hidangkan Alkohol.



KUALA LUMPUR - Royal Brunei Airlines, syarikat penerbangan milik kerajaan Brunei mengekalkan ciri-ciri Islamik di dalam operasinya dan tindakan itu tidak menghalang syarikat itu untuk terus maju seiring dengan syarikat penerbangan yang lain.

Pengurus Kanan Jualan & Pemasaran Royal Brunei Airlines Semenanjung Malaysia, Noor Azmi Jamaludin berkata, ciri-ciri islamik yang dikekalkan tidak menjejaskan perniagaan mereka, malah semakin mendapat tempat dari ramai pihak sama ada penumpang Islam atau bukan Islam. Ia selaras dengan Brunei sebagai sebuah negara Islam, sudah tentu ia menjadi teras kepada syarikat penerbangan ini.


"Berpakaian seksi bukan imej sebenar Royal Brunei Airlines. Dan ia tidak menjamin kemajuan perniagaan kita," katanya.

Tambahnya, sajian makanan yang disediakan kepada penumpang adalah 100% halal, tidak kira di mana penerbangan berlepas sama ada di China, Dubai, atau London. Bukan setakat itu, penerbangannya juga tidak menyediakan minuman beralkohol kepada penumpang. 


"Setiap kali penerbangan hendak berlepas, para krew kami akan memastikan ada bacaan doa perjalanan. Perkara-perkara ini bukan halangan untuk kita tarik penumpang pelbagai bangsa dan agama bersama kita," katanya.

Dari segi pakaian pramugari, pihak penerbangan telah menetapkan baju berwarna hijau lembut, tudung kepala dan kain labuh atau seluar panjang.

1 comment:

Unknown said...

MAS & AirAsia patut contohi benda ni

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung