Nuffnang

Friday, April 10, 2015

'Aidana' Sebenar Tampil Nafi Dirinya Terlibat Dalam Nahas Helikopter Terhempas



PETALING JAYA - Seorang individu mendakwa gambar dirinya disalahgunakan oleh media Malaysia menafikan dirinya berada di dalam helikopter yang terhempas di Semenyih Sabtu, 4 April lalu.

Wanita yang mendakwa dia pemilik gambar yang disebarkan itu, Aidana Karabasova, menafikan kenyataan media seperti yang mendakwa dia terbabit dalam nahas helikopter terhempas berkenaan, selain dari menafikan yang dirinya berasal dari Kazakhstan. 

Kenyataan itu dihantar kepada seorang blogger, Shahbudin, bekas Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju yang berkata dia menerima emel berkenaan pada pagi Khamis yang lalu.

Artikel 'Siapa Aidana Baizieva Kekal Misteri, Gambar Di Media Sosial Dipercayai Bukan Wajah Sebenar' itu ditulis Shahbudin Husin dalam entri terbaru blognya Shahbudin dotcom.

“Subuh tadi saya menerima email daripada seseorang yang mendakwa dirinya Aidana Karabasova, yang mana gambarnya disebar-luaskan sebelum ini sebagai Aidana Baizeiva iaitu salah seorang mangsa yang turut terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih, baru-baru ini.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Shahbudin yakin ia menyokong telahannya sebelum ini bahawa gambar yang tersebar selepas nahas yang turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias bersama empat yang lain adalah tidak benar.

“Sekali lagi, jika email ini tulen, maka sahlah gambar yang tersiar di banyak media baru dan media sosial selama ini adalah Aidana Karabasova dan bukannya gambar sebenar Aidana Baizieva,” katanya.

Jadi, siapakah wanita misteri yang berada di dalam helikopter berkenaan? 

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung