Nuffnang

Saturday, April 11, 2015

Timbalan Meteri Berang.Old Town White Coffie Hidang Mee Lipas.



KUALA LUMPUR - Kecoh di media sosial apabila Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan berang Old Town White Coffee (OTWC) hidang 'Mee Lipas' kepadanya petang semalam.

Saravanan meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman Facebook berkata, dia marah dan terkejut dengan penemuan yang tidak disangkakan itu.

"Tadi saya bersama dengan kawan-kawan makan Mee Udang di Old Town White Coffee di Subang Airport Sky Park. Saya terkejut dan marah apabila ternampak lipas dalam Mee Udang," katanya.

Sebagai bukti, Saravan memuat naik gambar lipas yang mati dimasak dalam mee tersebut bersama dengan resit bayaran.


Difahamkan, Naib Presiden MIC itu hanya menyedari kehadiran lipas itu di dalam hidangannya itu yang hampir habis dimakan.

Respon yang diterima di ruangan komen gambar berkenaan pula mendesak timbalan menteri itu mengambil tindakan terhadap OTWC di mana kejadian yang sama juga pernah berlaku terhadap pelanggan yang lain.

Namun, menjadi persoalan orang ramai, walaupun sudah kerap membuat aduan kepada pihak berwajib, namun tiada pernah pihak berkenaan mengambil tindakan terhadap OTWC dan menjadi tanda tanya siapakah individu yang begitu berkuasa melindungi premis milik kaum Cina ini.

1 comment:

Hj.Shah said...

Haha..dia pegi makan mee bawak pistol ka? Ni mesti lipas tu dah kena tembak...kah kah

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung