• Azmi Mat MokhtarAzmi
 1 / 1 
SHAH ALAM - Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas tiga tuduhan memukul tiga wanita dan merosakkan sebuah kenderaan, minggu lalu.

Azmi Mat Mokhtar, 54, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap tiga beradik Sharifah Fara Difla Syed Faried, 28, Sharifah Fara Afzan, 27 dan Sharifah Fara Rayyana, 24.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan stesen minyak Petron, Persiaran Kayangan Seksyen 7, dekat sini, jam 3.30 pada 29 Mac lalu.

Sebelum ini, sebuah video kes pergaduhan di stesen Petron Seksyen 7, Shah Alam  yang melibatkan 9 gadis memaki hamun lelaki usia pertengahan itu tersebar dan menjadi viral di internet.

Video kedua pula menunjukkan lelaki terbabit yang juga seorang pemandu teksi bertindak kasar terhadap gadis-gadis berkenaan sehingga menyebabkan mereka berang dan tercetusnya perang mulut di antara kedua-dua pihak.

Punca kejadian itu didakwa berlaku kerana pemandu teksi berkenaan enggan memberi laluan kepada kereta Myvi itu walaupun sudah memberi isyarat masuk ke kiri termasuklah mengangkat tangan.