Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Wednesday, April 15, 2015

Pembantu Rumah Filipina Minta Tolong Di Facebook Selepas Dirogol Anak Majikan


Video: Pembantu Rumah Filipina Minta Tolong Di Facebook Selepas Dirogol Anak Majikan.




NETIZENS di Filipina telah dikejutkan dengan sebuah video yang dimuat naik oleh seorang warganya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Bahrain.

Dalam video itu memaparkan seorang wanita bernama Abby Luna yang mendakwa dia telah dirogol oleh anak majikannya yang merupakan seorang penagih dadah, Khamis lalu.

Menurut Abby Luna, dia bukan saja mengalami penderaan seksual sebaliknya fizikal apabila mendakwa dia mengalami sakit akibat ditumbuk dan lebam payudara tetapi apabila kejadian itu diadukan kepada majikannya, dia pula yang disalahkan.

Majikannya yang merupakan warga Bahrain itu telah memberi kata dua kepada Abby iaitu menunggu hingga dua bulan jika mahu pulang semula ke negara asalnya selain membayar sendiri tiket penerbangan balik.

Selain diberi kata dua oleh majikannya, dia dijanjikan untuk dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya dia mengandung dan jika itu berlaku kandungannya akan digugurkan sebelum dia dihantar pulang.


Kerana terlalu tertekan dan juga tidak mempunyai wang untuk pulang ke negaranya, Abby telah memuatnaik video ini ke laman Facebook miliknya sambil merayu pertolongan agar dia diselamatkan.

Kedutaan Filipina di Bahrain yang telah menyedari video tersebut telah bertindak menyelamatkan Abby pada hari tersebut juga. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda?Jom lihat plan ini


Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung