kapal yang berhenti di jeti kayu Nanga Mujong di sini. Dalam kejadian
kira-kira jam 8.30 pagi 10hb April itu, mangsa Frederick Langkan Lawrence,
21, no MyKad 940531-13-5669 dari Rumah Panjang Robin, Jalan Ridan,
Melugu, Sri Aman, Sarawak sedang mengalihkan tambatan tali sebuah
kapal di jeti kayu di situ.
Difahamkan, ketika kejadian berlaku sedang berlangsung Program
Transformasi Masyarakat Bergerak (MCTP) anjuran
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini. Jurucakap polis berkata, kejadian
malang itu berlaku apabila kaki kiri mangsa tersangkut pada tali tambatan
kapal yang berlabuh di situ.
Katanya, sebelum itu, mangsa bersama dua rakannya yang lain telah
menjerit dan memberi isyarat tangan kepada juragan
kapal supaya tidak menggerakkan kapal berkenaan, namun tidak diendahkan
oleh juragan terbabit. “Akibat rempuhan kuat itu, kaki kiri mangsa kemudian
tersepit di bahagian depan kapal itu dan terputus. “Terkejut dengan insiden itu,
jurugan kapal tersebut menghentikan kapal berkenaan sebelum rakan mangsa
yang kebetulan berada di situ memberi bantuan kecemasan kepada lelaki terbabit,”
katanya.
Mengulas lanjut, pemuda malang yang masih dalam keadaan berlumuran
darah itu kemudian dihantar ke hospital di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, setakat ini, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih menerima
rawatan di Hospital Kapit di sini. “Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan
keterangan daripada jurugan kapal juga sudah direkodkan,” ujarnya.
1 comment:
sungguh kasihan sekali,,,,apabila anda tau saya mau tanya apakah benar Khasiat Jelly Gamat ampuh untuk Obat Rematik??
Post a Comment