Nuffnang

Saturday, April 4, 2015

Perghhh !!!! Topi Keledar Juruterbang Pesawat F-35 Bernilai RM3.66 Trilion



WASHINGTON – Juruterbang yang menerbangkan jet pejuang yang paling canggih di dunia, F-35 Lightning II bernilai AS$1 trilion (RM3.66 trilion) akan dilengkapi topi keledar terkini berharga AS$400,000 (RM1.46 juta).

Topi keledar baru itu membolehkan juruterbang melihat 360' sekeliling pesawatnya melalui enam kamera inframerah yang dipasang sekitar badan jet pejuang tersebut.

Maklumat lain yang diperlukan untuk sesebuah misi seperti kelajuan, altitud dan sistem-sistem amaran juga akan dipaparkan terus kepada juruterbang melalui topi keledar tersebut.

“Apabila topi keledar itu dilaraskan kepada mata juruterbang, kita seolah-olah masuk ke dalam dunia lain dengan pelbagai maklumat disalurkan secara terus. Anda boleh melihat dunia melalui ‘mata-mata’ pada jet tersebut,” kata juruterbang ujian syarikat Lockhead Martin, Al Norman kepada akhbar Washington Post baru-baru ini.

Syarikat tersebut merupakan kontraktor utama untuk pengeluaran jet pejuang F-35. Pembangunan topi keledar canggih itu menghadapi banyak masalah sebelum ini sementara kos penyelidikannya dilaporkan telah menelan berjuta-juta dolar, lebih daripada peruntukan asal.

Jet pejuang F-35 Lightning II merupakan sistem senjata paling kompleks pernah dihasilkan Lockhead Martin dan akan terus dibangunkan dalam tempoh 50 tahun akan datang dengan anggaran kos AS$1.5 trilion (RM5.49 trilion). – AGENSI

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung