Nuffnang

Friday, May 22, 2015

Aduan Rasmi kes Rampas Mikrofon di UIA

Aduan rasmi kes rampas mikrofon di UIA


Sebuah kumpulan mahasiswa membuat laporan rasmi kepada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung insiden rampasan mikrofon pemimpin pembangkang ketika sedang berucap di kampusnya sebelum ini.

Pengerusi We Unite for Islam (Wufi) Azzan Aznan Abd Rahim berkata beliau membuat laporan itu semalam terhadap seorang pegawai tinggi pejabat keselamatan UIA, di pejabat penasihat undang-undang universiti itu.

Laporan itu dibuat susulan insiden rampasan mikrofon Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam sebuah forum berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di depan ratusan mahasiswa 13 Mei lalu.

Azzan mendakwa tindakan itu, yang mendapat liputan meluas media, bertentangan dengan Klausa 4 (4)(e)(f) Peraturan Disiplin Staf UIA.

Antara lain, peraturan itu menggariskan larangan melakukan tindakan yang boleh merosakkan reputasi universiti.

“Laporan salah laku ini bukanlah untuk menghukum beliau tetapi untuk dijadikan iktibar buat pihak keselamatan yang lain agar berhati-hati dan beretika ketika menjalankan tugas.

“Ini bukanlah kali pertama insiden seperti ini berlaku, bahkan telah beberapa kali terjadi,” kata Azzan lagi.

Dalam acara minggu lalu itu, berlaku pergelutan kecil selepas pihak keselamatan merampas mikrofon Rafizi ketika beliau sedang berucap.
Sebahagian mahasiswa tidak berpuas hati dengan tindakan itu dan mengebu pegawai keselamatan sebelum berlaku insiden tolak menolak.

Dalam kenyataannya hari ini, Azzan juga menyatakan kekesalannya apabila pihak tertuduh serta pentadbiran UIA masih diam tanpa memberikan sebarang penjelasan.

“Saya berharap Pejabat Penasihat Undang-Undang UIAM akan menjalankan siasatan yang bebas dan telus berkenaan laporan ini,” katanya lagi. 


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung