Nuffnang

Saturday, May 16, 2015

Awas Ada Individu Sengaja Bocorkan Tayar Kereta Di RNR



SENAWANG - Seorang pengguna lebuhraya PLUS, berhenti rehat sebenar (nak menggunakan tandas) di sebuah RnR Senawang sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Melaka

Dalam kejadian yang berlaku pada 10 Mei lalu, tidak sampai seminit perjalanan, kereta pemandu wanita itu mengeluarkan isyarat untuk memeriksa keadaan tayar.  Keadaan itu memaksa pemandu terbabit memberhentikan kenderaannya di tepi lebuhraya.

Sedang pengguna itu memeriksa tekanan tayarnya itu, tiba-tiba datang dua orang lelaki India berhenti di hadapan kereta.

Mangsa yang panik dengan kehadiran dua lelaki itu terus masuk semula ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan.


Bagaimanapun, dua lelaki itu tadi terus mengekori kereta mangsa dan memberikan isyarat agar mangsa menghentikan keretanya.

Kejadian itu disaksikan oleh kereta Peronda PLUS yang sedang melakukan rondaan. 

Dua lelaki itu yang melihat kelibat kenderaan Peronda PLUS, segera melarikan diri.

Apabila diperiksa, tayar kereta mangsa seperti kehilangan angin dan dipercayai dilakukan oleh dua lelaki terbabit dengan sengaja.

Semua pengguna Facebook dinasihatkan agar berhati-hati apabila berhenti di RnR, terutamanya kaum wanita yang kurang arif mengenai kenderaan yang dipandu.

2 comments:

Anonymous said...

bukan aje tayar boleh dibocorkan oleh penyangak, duit simpanan tabung haji pun boleh dibocorkan.

Anonymous said...

aduhaii...

slain duit simpanan tabung haji.. katanya KWSP.. TNB.. PWD.. ASB.. Indah Water pun boleh dibocorkan.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung