Nuffnang

Friday, May 8, 2015

Perghhh : PRK Permatang Pauh paling ganas buat SPR

  • PRK Permatang Pauh paling ganas buat SPR

  • Pasukan Unit Polis Simpanan Persekutuan mengawal Sekolah Kebangsaan Tanah Liat apabila berlaku ketegangan diantara penyokong Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini. - Foto Bernama

BUKIT MERTAJAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh sebagai yang paling ganas dengan banyak insiden provokasi antara penyokong parti-parti politik yang bertanding.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tindakan penyokong yang terlalu beremosi antara penyebab berlakunya perkara tidak diingini.
  
"Sehingga hari ini, PRK ini yang paling buruk pernah saya alami dengan keganasan penyokongnya dan banyak insiden yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas ditemui di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, hari ini.
  
Beliau berkata para penyokong pada PRK Permatang Pauh sangat agresif berbanding PRK Rompin, hingga menyebabkan ada yang cedera dan harta benda rosak.
  
Mengenai mereka yang melanggar peraturan berkempen, Abdul Aziz berkata SPR akan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan dan tindakan.

Abdul Aziz berkata semua aduan yang diteriam SPR juga akan diserahkan kepada polis untuk disiasat.
  
"Polis akan lakukan siasatan dan sekiranya mereka mempunyai bukti kukuh, kes itu akan diserahkan kepada AG (Pejabat Peguam Negara) untuk tindakan selanjutnya," katanya.
  
Semasa proses pengundian tengah hari tadi, seorang pemberita dan seorang anggota polis cedera akibat 'perang' objek yang dibaling oleh penyokong kedua-dua pihak, selain kereta SPR turut dirosakkan.
  
Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas). - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

ha...ha...paling ganas tu.....

Good to try CopyPaste Link
http://WeeklyFixPay.com/?share=1497

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung