Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Thursday, May 21, 2015

Rafizi Mahu Mohon Injunksi halang dana labur lagi dalam 1MDB


Satu permohonan akan difailkan di mahkamah minggu depan untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang beberapa dana daripada terus membuat pelaburan dalam 1MDB, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Dana-dana itu ialah Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji, yang telah membuat pelaburan tersebut pada masa lalu.

Bercakap dalam satu ceramah di Serdang malam tadi, Rafizi berkata, pihaknya mahu memastikan dana-dana tersebut berfikir dua atau tiga kali sebelum melaburkan wang dalam 1MDB selepas ini.
Katanya, ketika skandal 1MDB berlanjutan, syarikat pelaburan itu perlu mencari lebih banyak wang untuk membayar hutangnya RM42 bilion.

Dalam keadaan sebegitu, Rafizi melahirkan kebimbangan mengenai kemungkinan dana-dana tersebut akan terlibat lebih dalam lagi.

Ketika ditemui selepas ceramah tersebut bagi mendapatkan maklumat mengenai permohonan itu, Rafizi bagaimanapun memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengumumkannya dalam satu sidang akhbar esok.

Katanya, peguam beliau masih merangka dokumen undang-undang untuk permohonan itu, yang akan dibuat atas dasar bahawa dana-dana tersebut telah membuat "pelaburan remeh dan cuai" dan perlu dihalang daripada terus berbuat demikian.

Beliau berkata permohonan itu akan menjadi sebahagian daripada kempen yang berterusan terhadap 1MDB.

Beliau memberitahu pemberita bahawa tumpuan perlu beralih, bukan hanya terhadap 1MBD tetapi juga terhadap dana awam, kerana ia menjejaskan rakyat.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini 
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung