LAGOS: Serbuan polis di sebuah restoran susulan maklumat yang diterima mengejutkan pelbagai pihak apabila ditemui kepala manusia dengan titisan darah dalam beg plastik.
Penemuan itu sekaligus mengesahkan dakwaan mengenai restoran di Anambra, Nigeria itu yang dikatakan menyajikan daging manusia kepada pelanggannya.
Pemeriksaan polis turut menemui senjata dan bom tangan, menyebabkan premis berkenaan diarah ditutup serta merta untuk siasatan lanjut.
Selain itu, 10 orang ditahan kerana disyaki terbabit dengan jenayah di restoran berkenaan.
Seorang paderi tempatan yang makan di restoran yang terletak di wilayah tenggara Nigeria itu terkejut dengan harga makanan yang disajikannya.
Malah lebih mengejutkan lagi apabila diberitahu sumber daging yang dimakannya, laporBBC Swahili.
Menurut paderi berkenaan, dia diberikan bil 700 Naira (RM12.50) - harga yang tinggi di negara yang purata penduduknya berpendapatan RM3.40 sehari.
“Pelayan itu menyedari saya terkejut dan memberitahu harga makanan itu mahal kerana daging yang saya makan. Ketika itu baru saya diberitahu saya disajikan daging manusia. Dan ia sungguh mahal,” kata paderi itu.
No comments:
Post a Comment