Nuffnang
Wednesday, May 20, 2015
Siswi Terkejut Wang RM1000 Terselit Di "Wiper" Kereta Selepas Bantu Seorang Wanita Misteri di RnR Temerloh
Menjadi viral dilaman sosial semalam kisah seorang pelajar IPTA bernama Rashidah yang berkongsi dilaman Facebooknya mengenai satu kejadian pelik semasa berada di Lebuhraya Pantai Timur(LPT) sewaktu dalam perjalanan pulang ke pusat pengajiannya di Bangi, semalam.
Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Temerloh di mana dia telah berhenti disitu kerana pening kepala dan lapar.
Semasa berhenti di RnR tersebut dia telah didatangi oleh seorang wanita tidak dikenali memakai baju bewarna hitam dengan membawa seorang anak kecil yang comel.
Cerita Rashidah lagi, wanita tersebut duduk di depannya dengan mata beliau bengkak menangis.
"Dia merayu mintak pinjam duit. Sebab purse dia hilang, minyak dah hbis."
Rashidah pada mulanya sangsi untuk membantu wanita tersebut kerana banyakkan kes menipu sekarang ini dengan menggunakan taktik seperti itu dan berfikir yang dia perlu menggunakan wangnya untuk banyak urusan penting lagi seperti untuk travel, baiki tayar, lampu, brek, servis kereta memandangkan dalam dompetnya cuma ada RM100 lebih.
"saya pun cakaplah tidak ada duit tapi akak itu merayu-rayu, saya berkeras cakap tidak ada duit menyebabkan akak itu bangun dan pergi dari situ."
"Semasa akak itu berlalu pergi saya terlihat anak kecil yang didukung memandang saya, tiba-tiba hati terdetik dan terfikir sampai hati ko biarkan kakak tu, cuba bayangkan kalau itu ibu dan baby tu baby Jojon, bodoh la ko ni," menyebabkan Rashidah rasa amat bersalah.
Beliau terus mengejar wanita tersebut dengan bagi semua duit yang ada di dalam dompetnya dengan bertawakal kalau tipu pun tipu lah.
"Rasa tidak sampai hati nak tengok muka anak kecil tersebut dan saya sempat ambil gambar mereka tetapi gambar tersebut tidak jelas oleh sebab tidak diketahui."
Selepas wanita itu pergi, lapar dan pening beliau terus hilang menyebabkan dia mengambil keputusan menruskan perjalanan. Setibanya di tol Bentong pekerja tol telah menegurnya.
" Dek.. Kenapa letak duit dekat wiper.?"
"Saya rasa terkejut, macammana ada duit menyebabkan saya berhenti di tepi highway, alangkah terkejutnya saya apabila terdapat duit RM50 sebanyak 20 keping iaitu bersamaan dengan RM1000."
"Saya pandang kiri kanan. Siapa yg letak?????!!! Meremang bulu roma" katanya terkejut sambil menyebut nama Allah. - Siakapkeli.my
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PAS) Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membidas kenyataan ...
-
SADIS!!! Mayat Remaja Murtad Yang Tidak Diterima Bumi | Berikut merupakan kisah benar dan bukan rekaan semata-mata! Kisah (a) Dua...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Disini penulis kongsikan GAMBAR gambar kejadian YANG RATA RATANYA REMAJA ISLAM kita semoga jadi PENGAJARAN,dan SEDEKAHKANLAH AL FA...
-
Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir. 24 Shares PAS Selangor menempelak kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Na...
-
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi...
-
Nga Kor Ming dalam wawancara dengan Astro Awani. Kerajaan Singapura bersetuju untuk meminjamkan pakar mereka bagi berkongsi pengalaman den...


9 comments:
Kalau betul peristiwa itu...maka benarlah janji Allah
Agaknya org bunian x?
Mengarut, zaman sekarang ni mane ade orang nak bagi duit mudah2.. lepas tu jadi bodoh pegi share crite mengarut ni..
Jika difikir memang tk percaya tp kita ambik pengajarannya iaitu sedia membantu sesiapa sahaja
Allah nak bagi rezeki pelbagai cara. ni crita aku, last 2days dpt RM500 cash (menang cabutan bertuah). TQ Allah.
tak kan lah duit tu tak melayang ....kereta laju dalam 60km/jam mesti duit tu melayang ...
Aku berharap cerita ini benar-benar terjadi supaya menjadi pengajaran kepada sekurang2 sipencerita agar kepercayaan kepada baik dibalas baik.
rasa macam sinetron indon pulak.Tapi kalau benar berlaku memang dunia ini ajaib.
Masih ada yang sangsi dengan kekuasaan Allah......jangan dibandingkan dengan logik akal....ikhlaslah dalam segala hal insyallah Allah permudahkan sesekali cubalah baca sirah para sufi
Post a Comment