Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Saturday, June 27, 2015

Anggota bomba terkena semburan bisa tedung..Ketika Dalam Usaha Menagkap Ular Tersebut.


Anggota bomba terkena semburan bisa tedung


Seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong yang terkena semburan bisa ular malam semalam telah dibenarkan keluar dari hospital pagi tadi.

Jurucakap di balai Bomba dan Penyelamat Betong ketika dihubungi hari ini berkata mangsa Prangka Gudan, 32, kini sedang berehat di rumahnya tetapi akan menerima rawatan susulan dari doktor pakar mata di Hospital Betong.

Katanya, mangsa cedera di mata kanan akibat terkena bisa yang disembur ular tedung yang hendak ditangkapnya di Taman Teo Zee Hin malam semalam.

Mangsa pergi ke taman perumahan itu bersama rakan sepasukan lain sebaik menerima panggilan kecemasan yang memerlukan khidmat khas menangkap ular.

Malangnya beliau terkena semburan bisa ular ketika menghampiri ular yang cuba ditangkapnya.

- Bernama
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung