Bayangkan bila niat baik ingin berkongsi tempat makan
menarik akhirnya diri sendiri pula yang dimaki-hamun tak ingat dunia, tentu
menyakitkan hati sesiapa sahaja. Satu Malaysia mungkin dah tahu pasal kejadian
yang berlaku beberapa hari lalu ni melibatkan Nur Azira Wazi Azman dan juga
selebriti dikenali, Azwan Ali selepas ianya viral di laman sosial Oh! Media.
Kejadian bermula apabila Azwan Ali menulis di Twitter'nya yang dia teringin nak makan Steak untuk santapan berbuka puasa hari ini. Nur Azira yang membalas tweet tersebut dengan tulisan "Menate" mendatangkan salah faham pada Azwan Ali yang jelas tidak tahu ianya adalah nama sebuah restoran Steak popular dan bukan niat Nur Azira menggelarkannya sebagai "binatang".
Kejadian bermula apabila Azwan Ali menulis di Twitter'nya yang dia teringin nak makan Steak untuk santapan berbuka puasa hari ini. Nur Azira yang membalas tweet tersebut dengan tulisan "Menate" mendatangkan salah faham pada Azwan Ali yang jelas tidak tahu ianya adalah nama sebuah restoran Steak popular dan bukan niat Nur Azira menggelarkannya sebagai "binatang".
Azwan Ali terus mengeluarkan kata-kata kesat dan
maki-hamun berbakul-bakul kepada Nur Azira bagaikan tiada lagi hari esok.
Kata-kata seperti "Sundal Bertudung", "Menyalak Real
Anjing" dan turut menggelarkan Nur Azira sebagai "Neraka"
sememangnya satu sifat biadap yang wujud dalam diri Azwan Ali sejak dahulu.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini .
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini .
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Hal tersebut turut mendapat perhatian dari pihak Me'nate Steak Hub apabila terbaca tentangnya di Oh! Media dan menjemput Nur Azira untuk datang berbuka puasa bersama keluarga di Restoran utama mereka di Ampang Jaya.
Pemilik restoran Me'nate Steak Hub, Chef Mustaffa Othman semalam apabila Oh! Media tanya apa respon dia tentang apa yang berlaku ni, beliau yang sangat positif hanya menjawab, "Takapalah, biarkan dia. Kita kena penuhkan hidup kita dengan orang-orang yang positif dan orang yang buat kita gembira. Abaikan orang-orang yang tidak memberikan kebaikan kepada hidup kita. Tapi saya berdoa agar suatu hari Allah buka pintu hati beliau untuk jadi insan yang lebih hebat".
Begitulah kata-kata seorang Master Butcher Chef
berusia 62 tahun yang berpengalaman tinggi menjadi tukang masak disegani untuk
Queen Elizabeth di Buckingham Palace sejak zaman Puteri Diana lagi. Biarpun
kini memiliki beberapa cawangan restoran yang cukup gah buat peminat daging ini
di sekitar Kuala Lumpur, tiada satupun kata-kata negatif orang sekeliling yang
dapat mengganggu dirinya yang semuanya diterima dengan senyuman kerana
menurutnya, cukuplah Allah sentiasa berada di sisi dirinya.
Oh! Media juga turut diundang untuk berbuka puasa
bersama-sama. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak Me'nate Steak Hub, Chef
Mustaffa Othman dan semua pekerja mereka yang memberikan layanan dan servis
yang cukup terbaik (VVIP) kepada pihak Oh! Media dan juga kepada Nur Azira
sekeluarga.
No comments:
Post a Comment