Nuffnang

Saturday, June 13, 2015

Perghhh !!! SEmbunyi Mayat Bayi Di Dalam Mesin Basuh.


  • buang bayi
 1 / 1 

KOTA BHARU - Mayat seorang bayi perempuan ditemui di dalam mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Bukit Lakota, Jeli awal pagi tadi.

Penemuan mayat itu adalah hasil pengakuan seorang suspek berusia 23 tahun ketika dia mendapatkan rawatan selepas bersalin di Hospital Jeli. 

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi seuperintendan Mohd Yusoff Jaafar berkata, bayi berkenaan ditemui anggota polis pada pukul 2.55 pagi setelah seorang jururawat membuat aduan. 

"Suspek juga membuat pengakuan kepada doktor yang dia telah melahirkan bayi dan meletakkan bayi itu di dalam mesin basuh di rumahnya kerana menganggap bayi itu telah meninggal dunia," katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata, suspek kini dirawat di Hospital Tanah Merah dan kes disiasat kerana menyembunyikan kelahiran. -Bernama

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung