Susulan kelantangannya dalam isu 1MDB, ramai tertanya-tanya sejauh mana Tan Sri Muhyiddin Yassin tahu berkaitan kontroversi melanda 1MDB, syarikat cetusan ilham perdana menteri.
Diajukan soalan itu oleh pemberita hari ini, beliau tidak menyatakan secara langsung tetapi berkata ia lebih sedikit daripada pihak media.
"Saya tahu (mengenai 1MDB) dari apa yang dikatakan dan bahan yang diberi.
“Dan apa yang saudara (pemberita) tahu tentang 1MDB mungkin saya tahu lebih," katanya dalam sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.
Muhyiddin hari ini mengadakan sidang media pertama selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri semalam
No comments:
Post a Comment