Polis akan merakamkan kenyataan ramai lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara (AGC).
Ketika ditanya sama ada ini akan termasuk Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz (gambar) dan orang nombor dua SPRM, Datuk Shukri Abdull, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan itu.
"Kita akan lihat. Menyoal siasat mereka yang kita percaya boleh memberi keterangan tentang sesuatu penyiasatan adalah sebahagian daripada prosedur," katanya kepada Malaysiakini.
"Kita akan menyoal ramai lagi dari Bank Negara, SPRM dan Jabatan Peguam Negara," katanya.
Bagi pegawai-pegawai Bank Negara, Khalid berkata siasatan itu juga berkaitan dengan laporan polis mengenai kebocoran transaksi perbankan.
"Polis juga sedang menyiasatnya dan dalam aspek ini, kami juga akan memanggil pegawai dari bank-bank komersial untuk disoal siasat," katanya.
Zeti, Shukri (gambar) beberapa pegawai kanan lain dari Bank Negara, SPRM dan Jabatan Peguam Negara telah dinamakan dalam blog tertentu sebagai yang didakwa berkonspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
SPRM telah berulang kali menafikan bahawa pegawainya terlibat. Sebelum ini, Bank Negara juga menafikan pegawainya membocorkan transaksi perbankan.
Polis sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan bagi aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Pada malam Jumaat, bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh dan pegawai AGC Jessica Gurmeet Kaur telah ditahan. Pada pagi Sabtu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazalee Abdul Khairi pula ditahan.
Ketiga-tiga mereka telah dibebaskan.
Sementara itu, Khalid juga menjelaskan bahawa pihak polis tidak menyiasat mereka yang terlibat dalam siasatan 1MDB itu.
"Ini tiada kaitan dengan peranan mereka dalam menyiasat dakwaan mengenai 1MDB tetapi berkaitan laporan polis berhubung kebocoran dokumen," katanya dalam respons kepada Pengarah SPRM Bahri Mohamad Zain (foto), yang mendakwa mungkin ada tangan tersembunyibertanggungjawab atas tindakan polis itu
Bahri telah disoal siasat selama tiga jam oleh pasukan dari Bukit Aman berkaitan kebocoran draf kertas pertuduhan terhadap perdana menteri, tetapi menurut peguam negara, ia adalah palsu.

No comments:
Post a Comment