Nuffnang

Monday, August 3, 2015

Tidak Mahu Beraya Di Rumah ISTERI , Kerana Alasan Tiada Kawan

Gambar hiasan


Saya sudah berkahwin selama dua tahun. Selama itulah saya duduk bersama mertua. Banyak pahit dari manisnya, namun saya tetap bersabar dengan semua ini. Dengan belum dikurniakan anak, saya terasa sunyi dan bertambah sunyi apabila suami bekerja. Saya juga bekerja. 
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
Setiap malam, suami selalu melepak bersama dengan kawan-kawan sekampungnya. Di kampung suami, saya memang tiada kawan. Mertua saya, baik ayah atau mak dan adik ipar saya, memang menambahkan lagi tekanan saya. 

Bila tiba di hari raya, suami cuma dapat kelulusan bercuti selama tiga hari sahaja. Selepas itu, mereputlah saya seorang diri sebab saya pula mendapat cuti seminggu. Nak pulang ke kampung sendiri, suami banyak bagi alasan. Sebenarnya saya tahu, di kampung saya dia tiada kawan-kawan untuk diajak melepak.

Saya sudah lama bersabar dengan suami. Macam mana nak ajar suami agar dia tahu bahawa saya juga ada hak untuk balik ke kampung seperti mana dia ada hak untuk keluar melepak setiap malam?

Kadang-kadang rasa seperti mahu melarikan diri saja dari rumah, agar dia sedar. 

Dia rasa, walau apa pun yang terjadi, saya tidak akan keluar tanpa keizinan dari dia. Dia sangat yakin, walhal setiap kali saya bersedih, hanya satu saja yang saya fikirkan iaitu keluar dari sini.

Saya tiada mak dan ayah. Saya saya ajak suami berpindah banyak kali, tetapi dia buat tak endah. Nak kata dia jaga makan minum kami, mertua yang tanggung. Saya dapat merasakan rumah tangga saya ini akan hancur jika dia berterusan melakukan saya seperti ini. - THEHYPEMEDIA.COM

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung