Nuffnang

Wednesday, September 2, 2015

JANGAN MAKAN KERANG / TIRAM BERACUN!


TUMPAT - Orang ramai dilarang melakukan sebarang aktiviti memungut, menjual dan makan tiram serta kerang di kawasan Perairan Sungai Geting kerana mengandungi racun Plankton Alexandrium sp yang boleh menyebabkan maut.

Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Mohd Rafi Hasan berkata, racun dan bakteria itu ditemui melalui kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya, awal tahun lalu.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
Racun itu boleh menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit dan sakit serta menyebabkan kematian pada pengguna.

"Contoh air di kawasan Sungai Geting sudah diambil dan kajian penyakit akan dibuat di Pusat Pendidikan Perikanan di Batu Maung Pulau Pinang. 

"Hasil kajian dijangka siap pada hujung minggu ini dan sementara itu semua aktiviti memungut, mengutip dan menjual hasil laut itu kini disekat," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung