PENNSYLVANIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pemandu lori susu tersedak selepas minum sehingga terbabas dan melanggar 23 kereta di sebuah jualan, semalam.

Laporan WBTW mengatakan Thomas Young, 53 sedang dalam perjalanan ke utara sebelum melanggar pembahagi jalan, sebuah tiang dan akhirnya sebuah lot jualan kenderaan Montrose Buick-GMC Cadillac.

Sebanyak 23 kereta rosak, termasuk satu daripadanya terpelanting dan merosakkan bangunan pusat jualan itu.

Menurut saksi, beliau segera menyelamatkan pemandu lori berkenaan selepas terdengar bunyi hentaman kuat.

"Beliau beritahu beliau tersedak ketika minum minuman. Dia tersedak dengan kuat dan tidak nampak langsung dan hilang kawalan," kata April Williams.

Menurut ketua bomba Hermitage, tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai pemanduan cuai.