Nuffnang

Thursday, September 10, 2015

Pesawat ,Terbakar Sejurus Sebelum Berlepas








SEBUAH pesawat British Airways yang membawa lebih 150 penumpang dan anak kapal terbakar di landasan Lapangan Terbang McCarran, Las Vegas sejurus sebelum ia berlepas pada Rabu.
Portal Mail Online melaporkan ketika kejadian, pesawat itu berada di landasan bagi memulakan penerbangannya ke Lapangan Terbang Gatwick di London.
Secara tiba-tiba pesawat berkenaan terbakar yang dikatakan akibat masalah di bahagian enjin.
Kesemua penumpang di dalam pesawat dengan segera dipindahkan keluar melalui gelongsor kecemasan.
Bagaimanapun, hanya dua orang dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan ringan.
Pesawat itu membawa 159 penumpang dan 13 anak kapal.
Setakat ini, punca kejadian masih belum dikenal pasti tetapi berdasarkan rakaman imej kelihatan kebakaran berpunca daripada bahagian kiri enjin.
Satu landasan ditutup berikutan insiden yang berlaku namun semua penerbangan diteruskan menggunakan landasan sedia ada.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung