SEBUAH
 video viral semalam menunjukkan kesungguhan seorang peminat rokok elektronik atau vape membeli barangan tersebut dengan harga RM17,000.

Melalui sebuah video di laman Facebook Video Viral, pembelian tersebut dilakukan dengan cara lelongan.

Rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki membuka lelongan vape edisi terhad dengan harga RM1,800.

Seorang peminat vape kemudian menawarkan harga RM2,000 diikuti dengan pembida lain yang meletakkan harga lebih tinggi.

Proses lelongan berakhir apabila seorang lelaki menawarkan harga RM17,000, sekaligus mengalahkan harga yang ditawarkan pembida lain.

Lokasi dan tarikh bidaan tidak dapat dipastikan.

Sehingga kini, video tersebut menarik perhatian lebih 15,248 pelayar laman sosial.

Rakaman tersebut menyebabkan pelayar mengkritik tindakan bidaan berkenaan yang disifatkan terlalu tinggi.

"Rokok yang murah di kedai cuma RM3 sahaja. (Bida) sampai RM17,000, lebih baik aku bagi makanan pada anak," kata Simin.

"Banyak benda lagi penting dari beli vape beribu-ribu," balas Adam.

"Ini tandanya orang Malaysia kaya!" kata Mohd Faizal berjenaka
.