Nuffnang

Wednesday, September 9, 2015

Selfie Di Lokasi Nahas Pertunjukan Udara, Dua Polis Bakal Dibuang Kerja





Letupan yang berlaku selepas sebuah pesawat tentera terhempas dekat kawasan pertunjukan udara Shoreham di England pada 22 Ogos lalu.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

DUA anggota polis berdepan tindakan dibuang kerja selepas mereka didakwa bergambar 'selfie' di lokasi kejadian nahas pertunjukan udara Shoreham di England.
Portal Mirror melaporkan bahawa pegawai polis Sussex yang berpangkalan di Brighton itu mengirimkan gambar berkenaan menerusi satu mesej peribadi kepada seorang rakan setugas yang kemudiannya melaporkan perkara tersebut kepada jabatan standard profesional polis.
Seorang jurucakap polis berkata, kedua-dua mereka kini sedang disiasat kerana "salah laku menerusi penggunaan media sosial".
Superintenden Lisa Bell dari polis Sussex dalam satu kenyataan berkata: "Siasatan itu berhubung dengan satu mesej peribadi yang dihantar kepada seorang rakan setugas yang segera melaporkan perkara itu kepada jabatan standard profesional.
"Dakwaan ini begitu mengecewakan, dan boleh menjejaskan profesionalisme sejumlah besar polis yang bertugas tanpa mengenal penat lelah dalam operasi tersebut.
"Kita akan melakukan siasatan secara menyeluruh mengenai dakwaan salah laku atau tindakan pegawai dan kakitangan yang menjejaskan tahap standard perkhidmatan mereka," katanya.
Seramai 11 orang maut dalam insiden itu apabila sebuah pesawat tentera terhempas semasa pertunjukan udara Shoreham di England pada 22 Ogos lalu.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung