SHAH ALAM - Kegigihan seorang kanak-kanak lelaki yang menjual ulam di sekitar bandar Ipoh mengundang simpati netizen selepas beberapa foto dia berniaga menjadi viral di laman sosial hari ini.

Menerusi perkongsian di beberapa laman di Facebook, kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Hafiz membantu menyara keluarganya dengan menjual ulam-ulaman dengan hanya berbasikal di sekitar bandar Ipoh.

Malah, Hafiz yang mempunyai dua orang adik, turut dilihat berniaga di pasar malam dan turut menawarkan harga yang jauh lebih murah dari kebiasaan.

Sementara itu, salah seorang pelayar Facebook yang menggunakan nama Gold Mass memberitahu, melalui lawatan yang dilakukannya, kanak-kanak itu sudah tidak bersekolah kerana ibu-bapanya sudah tidak bekerja.

Menurutnya lagi, ibu kanak-kanak itu terpaksa memberikan air teh kepada adik bongsunya kerana tidak mempunyai duit untuk membeli susu.

Bagaimanapun, sebab ibu-bapanya tidak bekerja masih tidak diketahui.

Sikap tanggungjawab kanak-kanak ini ternyata mengundang simpati netizen dan menjadi inspirasi dengan kesungguhan yang ditunjukkannya.

Zaidi Gedong menulis: “Kadang-kadang aku mengeluh dengan kehidupan aku, tapi ternyata ada lagi yang menghadapi ujian yang jauh lebih perit.”

"Kepada perompak dan penyamun, kamu patut malu kepada adik ini. Sekecil dia boleh cari rezeki halal tapi sebesar kamu hanya tahu buat kerja haram, malu la wei...," tulis Nur Shazwani

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini
.