Nuffnang

Friday, October 23, 2015

'ITU HANYA PISTOL MAINAN' - AMIR UKAYS


"Saya bukan penjenayah, pistol itu hanyalah mainan untuk tembak cicak di rumah. Alhamdulillah saya didapati tidak bersalah dan dibebaskan pada petang tadi (semalam)," kata bekas penyanyi kumpulan Ukays, Mohd Azmir Muhammad Yusof, 46.

Amir menjelaskan cerita sebenar selepas terkejut dengan berita yang mendakwa dia memiliki senjata api viral di media sosial. 

Memetik kenyataan Amir dari Berita Harian:

"Saya tidak tahu menjadi kesalahan jika memiliki pistol mainan. Saya juga tidak tahu perlu memiliki lesen untuk memiliki pistol mainan," katanya yang juga menjelaskan pistol mainan itu adalah pemberian dari peminatnya kira-kira 8 bulan yang lalu.

"Tidak dinafikan, pistol itu menyerupai pistol yang sebenar tetapi ia hanyalah pistol mainan. Selalunya saya letak pistol itu di rumah untuk kegunaan menembak cicak. Tetapi tengah hari semalam, anak saya membawa turun dan tertinggal di dalam kereta.

"Saya tidak sempat membawa naik semula kerana bergegas ke studio untuk latihan vokal program Gegar Vaganza 2. Saya kurang bernasib baik apabila ditahan sepasukan polis ketika berada di dalam kereta di kawasan letak kereta di rumah selepas pulang latihan.

"Pada ketika itu, saya baru mahu mematikan enjin kereta dan saya didatangi sepasukan polis. Apabila hendak keluar dari kereta, mereka ternampak pistol itu yang berada di tepi peha.

"Saya menjelaskan bahawa pistol itu adalah mainan. Jadi saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk disoal siasat. Alhamdulillah saya dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas disoal siasat. Berita saya ditahan reman adalah tidak benar. Saya berikan kerjasama sepenuhnya pada pihak polis kerana saya tidak bersalah dan saya bukannya penjenayah atau perompak. Jadi tiada apa yang harus saya takutkan. 

"Bagi pihak-pihak yang menviralkan gambar dan pistol mainan itu, tidak mengapalah, saya maafkan. Saya tidak mahu menuduh sesiapa dan sudah melupakannya. Saya kini sudah dibebaskan dan paling penting pihak polis mempercayai keterangan saya," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung