ZHENGZHOU - CHINA . Seorang lelaki menjadi perhatian kerana tabiat peliknya iaitu gemar makan cili malah kebiasaanya akan memakan sekitar 2.5 kilogram cili setiap hari.
Li Yongzhi yang dikenali sebagai 'raja cili' di kalangan penduduk setempat memberitahu dia turut menanam lapan spesis cili dari seluruh dunia di rumahnya.
Yongzhi memberitahu wartawan, sejak dari kecil lagi, dia sangat mengemari cili dan sekurang-kurangnya akan makan cili tiga kali sehari.
Katanya lagi, dia mampu untuk tidak makan daging atau telur setiap hari namun tidak dapat menahan keinginan jika tidak memakan cili dalam sehari.
"Setiap pagi orang biasanya akan memberus gigi, namun perkara pertama yang akan saya lakukan ialah makan cili dan akan berkumur selepas itu," ujarnya.
Obsesnya terhadap cili bukan sesuatu yang biasa, malah dia turut akan mengunyah cili seperti menjamah makanan ringgan ketika bersantai.
"Saya tidak mempunyai kuasa luar biasa. Saya hanya sukakan cili malah doktor turut mengesahkan dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan," katanya lagi
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
.
No comments:
Post a Comment