Nuffnang

Monday, October 26, 2015

PEKERJA Kios Plaza Low Yat Yang BIadap Terhadap Pelangan . Terus Di Gantung Kerja.


I

KUALA LUMPUR - Susulan kes seorang pelanggan yang mendakwa dia dan rakannya dikasari oleh seorang jurujual telefon di Plaza Low Yat baru-baru ini, pihak Plaza Low Yat telah mengeluarkan kenyataan medianya.


Pihak Pengurusan Plaza Low Yat berkata mereka mengambil maklum mengenai insiden itu dan telah menjalankan siasatan berdasarkan kes yang telah viral di media sosial pada minggu lalu.

"Insiden itu telah tersebar di media sosial dan mengundang persepsi yang negatif terhadap kakitangan kiosk terbabit. Menurut majikannya, kakitangan itu telah digantung oleh bagi membolehkan siasatan dijalankan," kata kenyataan itu.



Dalam kenyataan itu juga pihak Pengurusan Plaza Low Yat menegaskan bahawa perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan sentiasa menjadi keutamaan pada Plaza Low Yat. 

Pihaknya juga memandang serius dan akan mengambil tindakan yang tegas terhadap penyewa, pemilik kedai tetap, kakitangan separuh masa dan kontrak jika mereka didapati berkelakuan tidak profesional terhadap pelanggan semasa beroperasi di bangunan itu. - THEHYPEMEDIA.COM

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung