Nuffnang

Wednesday, November 4, 2015

ABANG, KUCING INI KENA BAKAR'


Andai seekor kucing mampu berkata-kata, mungkin ini yang dia ingin katakan "Apakah Dosaku? ".

Semalam selesai sahaja perjumpaan saya dengan seorang sahabat di Bangi. Saya dan suami pulang ke rumah. Selesai sahaja parking kereta, saya ternampak seekor kucing di bawah lori mengiau-giau memanggil kami. Suami saya memang sudah kenal dengan perangai saya yang suka bercakap dengan kucing, Dia biarkan sahaja. Dalam fikiran saya, mungkin kucing ini lapar.

Bila saya menghampirinya, saya melihat dia seolah-olah sedang menahan kesakitan tetapi saya tidak dapat pastikan dia sakit apa. Tetapi memang bau terbakar di kawasan dia menyorok membuatkan saya makin degil untuk menghampiri dan mengeluarkannya dari bawah lori itu. Bila saya tengok betul-betul dari jarak yang dekat, ya Allah, saya menangis mengigil-gigil. Seriously saya tak sanggup dan terus memanggil suami. 

"Abang, kucing ini kena bakar,"

Apakah dosannya sehingga orang membakarnya sebagai hukuman? Subhanallah. Terkedu dan pilu rasa di hatii ni. Kucing itu seolah-olah tidak percaya pada manusia lagi menyebabkan dia menyorok di bawah lori. Kami terpaksa memujuk dan menariknya keluar. Habis peha, punggung, ekor, kaki kanan dan bahagian bawah perut kucing ini terbakar.

Saya dan suami terus bawa ke klinik haiwan 24 jam. Sebelum apa-apa lagi yang jaga di kaunter beritahu nak jumpa doktor RM160, belum termasuk kos rawatan. Saya dan suami setuju sahaja sebab fikirkan kucing sakit.

"Berapa kos yang awak mampu?" tanya doktor pada kami.

"Sekitar RM300," jawab kami. 

"Awak bawalah kucing ini balik sebab kalau saya rawat dia, kos dia akan bermula RM800 ke atas," katanya dengan bongkak.

Dia langsung tiada perasaan nak menolong kucing yang tidak berdosa mahu pun untuk mencuci luka dan membalut lukanya. Ketika saya memandang doktor itu dan berkata,

"Di mana hati, nilai duit lebih penting," 

Kami bawa balik kucing itu. Dalam kereta saya tak berhenti-henti menangis melihat dia menahan kesakitan. Suami belikan minyak gamat, kapas dan pembalut luka, kami buat rawatan sendiri di rumah.

Kami cuba memberikan bantuan yang terbaik, sepanjang suami letak ubat, saya hanya asyik bercakap dengan kucing, "bertahan ya, sabar, saya tahu awak kuat," sambil menangis teresak-esak melihat dia menahan sakit. Alhamdulillah dia bertahan dan akhirnya lena.

Kami bagi kucing ini namanya 'Tuah' sebab masih mampu hidup. Semoga Allah kurangkan kesakitannya dan cepat sembuh. - Janet Tan Siok Hua

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

Bagaimanapun, Tuah dilaporkan telah meninggal dunia 16 jam yang lalu.


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung