Nuffnang

Thursday, November 5, 2015

Rafizi ganti Pua berdebat isu 1MDB dengan Arul


Ahli parlimen PKR Rafizi Ramli akan menggantikan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua untuk berdebat dengan presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung skandal syarikat pelaburan negara yang sarat hutang itu.
Calon baru yang direstui oleh Pakatan Harapan itu diumumkan hari ini oleh Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke di lobi Parlimen.
"Sebagai menghormati keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Pua tidak akan berdebat dengan Arul Kanda. Rafizi akan gantikan Pua," kata Loke.
Sementara itu, Rafizi berkata, Pua akan menjadi jurulatihnya untuk debat itu, sambil menambah bahawa Arul Kanda tidak mempunyai jalan keluar kecuali berdepan dengannya dalam perbahasan.
Katanya, kegagalan berbuat demikian akan bermakna 1MDB mempunyai banyak rahsia yang cuba disembunyikan dan wujudnya komplot bagi menyingkirkan Pua dari PAC.
Rafizi berharap debat itu boleh diadakan pada kadar segera.
Sebelum ini, Pua yang adalah anggota PAC mencabar Arul Kanda berdebat dengannya secara langsung mengenai isu 1MDB.
Susulan cabaran itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak. berkata RTM sedia menyiarkannya secara langsung.
Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa Pua perlu berundur dari PAC terlebih dulu jika mahu berdebata.
Katanya, pembabitan Pua dalam debat itu boleh menjejaskan siasatan PAC ke atas 1MDB.
Berikutan arahan itu, Pakatan Harapan mengumumkan akan mendapatkan ahli parlimen pembangkang lain yang bukan anggota PAC bagi menggantikan Pua supaya debat yang dijadualkan Jumaat ini boleh diteruskan tanpa Pua berundur dari jawatankuasa berkenaan.
Salleh bagaimanapun, semalam mengumumkan bahawa RTM telah membatalkan siaran secara langsung kerana Pua tidak lagi akan berdebat.
Loke hari ini meminta menteri itu menimbang semula keputusannya untuk membatalkan siaran langsung.


Recommended

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung