Nuffnang

Wednesday, November 18, 2015

WANITA DIROMPAK, DIROGOL DAN DIJERUT HINGGA MATI DIDALAM RUMAH SENDIRI


Seorang kerani sekolah dipercayai telah dirompak, dirogol dan dijerut sehingga mati dalam jeadian yang berlaku di rumahnya di Sungai Terap malam tadi.

Wanita berusia 29 tahun itu ditemui mati dalam rumahnya oleh sepasukan pihak polis selepas menerima aduan dari jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu selepas mangsa tidak keluar rumah kira-kira jam 7 malam.


Hasil siasatan ditempat kejadian mendapati kereta yang dipercayai milik mangsa iaitu jenis Honda Civid dalam keadaan enjin hidup dan pintu kereta bahagian pemandu terbuka serta pintu hadapan rumah juga dalam keadaan terbuka.

Apabila pihak polis memasuki rumah, mangsa telah dijumpai dalam keadan terbaring dihadapan pintu bilik. Manga maut akibat dijerut di bahagian leher menggunakan tali pengikat langsir dab dipercayai telah dirogol sebelum itu.

Terdapat juga kesan tompokan darah diatas lantai berhampiran mangsa dan serangkai kunci. Pemeriksaan lanjut ditempat kejadian juga tidak menjumpai sebarang beg tangan, telefon bimbit dan dokumen diri mangsa.

OHMEDIA: MOHON KITA SAMA-SAMA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA MANGSA

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung